Followers

Thursday, November 24, 2011

Hijrah

~Selamat menyambut tahun baru hijrah, sama-samalah kita menghayati erti hijrah yang sebenar.  Marilah kita sama-sama memeriahkan awal tahun muharam sepertimana kalian menyabut tahun baru pada 1 Januari.~

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.
Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Dibawah ini adalah akhir tahun dan awal tahun untuk sama-sama dibaca sebelum tahun baru nanti. Semoga tahun baru ini memberi seribu harapan kepada kita semua. Marilah kita sama berhijrah dari perkara yang buruk kepada perkara yang baik. Semoga kita sentiasa dibawah rahmatNya.


Doa Akhir Tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.



doa-akhir-tahun

Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.
 
doa-awal-tahun



~change for good isn't a crime~

~LoL~
noi   

No comments: